LOGO__MADRASAH-removebg-preview

TENTANG KAMI

Kenali Kami

Yayasan Tahfiz Darul Furqan Bentong

Yayasan Tahfiz Darul Furqan Bentong (YTDFB) dahulunya dikenali sebagai Maahad Tahfizul Quran Adnan Yaakob (MTQAY) mula ditubuhkan pada awal tahun 2003 dengan permulaan 3 orang pelajar lelaki.

YTDFB adalah sebuah institusi Pengajian Agama Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang.

Suatu majlis perjumpaan bersama di antara ahli-ahli syura, ibu bapa dan orang awam telah diadakan pada 15hb Mei 2010. Mesyuarat memutuskan bahawa YTDFB bukanlah milik perseorangan tetapi milik orang Islam secara kolektif dan bersama. Oleh itu, YTDFB telah ditadbir oleh 4 orang lembaga pemegang amanah iaitu T.H Dato’ Syed Mohd Nor Bin Syed Jaafar, T.H. Dato’ Aziz Mohammed Bin Mohamed Ali, Dato’ Mohamed Azlan Shah Bin Aziz Mohammed dan Y.H. Dato’ Haji Mas’ut bin Haji Awang Samah dan dibantu oleh ahli Syura. Terdiri daripada 5 orang tenaga pengajar dan 51 orang pelajar yang belajar di Yayasan Tahfiz Darul Furqan Bentong (YTDFB) setakat masa kini.

YTDFB dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, ruang belajar, asrama untuk pelajar, rumah untuk tenaga pengajar, rumah tamu,pejabat, padang, dapur dan tempat makan. Yayasan ini juga mempunya tiga (3) unit kenderaan iaitu dua (2) unit van dan mini bus.

Jawatankuasa YTDFB telah merancang pembinaan sebuah kompleks baru Pengajian Hafizah dan Alim dan dalam rangka perbincangan dengan pihak berwajib.

“Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan memahaminya"

[Riwayat al-Thabarani (929) di dalam Mu’jam al-Kabir]

Carta Organisasi

Ahli Kami